Tuesday, 25 October 2011
frustrated
sedih bila pandang muka mak dan ayah, kenapa aku jadi anak suka hancurkan harapan mereka.. bukan tidak bersyukur dengan apa yang aku dapat.. tapi aku kesal dengan sikap aku yang acuh tak acuh semkin hari.. orang berusaha untuk berjaya, tetapi semakin aku berusaha semakin aku menghampiri kegagalan.. kadang-kadang rasa give up tu memang meluap-luap.. rasa macam diri ni tidak dikurniakan otak langsung walhal semuanya berpunca daripada diri sendiri.. aku tidak memikirkan perasaan org lain, aku hanya memikirkan kedua orang tua ku yang telah banyak berkorban demi kejayaan anak-anaknya.. apa yang aku balas kepada mereka? cuma sampah.. kenapa kau mcm ni ain.. kenapa kau bodoh sangat.. kenapa kau tak ada semangat yang kau pernah ada sebelum ni..? kenapa kau nak mengalah sekarang hanya kerana apa yg kau peroleh tak memuaskan hati? aku tak boleh fikir lagi.. maafkan aku mak, ayah.. aku tau mak ayah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk aku.. tapi Tuhan tidak mengizinkan segala-galanya.. Ya Allah, berikan aku kekuatan Ya Allah.. aku memohon kepada-Mu..
Tuesday, 18 October 2011
BITCH
Bitch as known as SUNDAL.. 1 perkataan yg membawa kepada sumpahan.. Sumpahan yang mcm mana? sumpahan kepada diri yg ditujukan, sumpahan kepada diri yang menujukan.. Faham? Susah nak phm actually. Orang zaman skrg merata2 kalau nak describe sorg pempuan dalam keadaan yang marah dia akan cakap something like this " ah! pegi mampus la kau pempuan sundal" ATAUPUN "kalau dah namenye SUNDAL, mcm tulah perangai nye". Tahukah anda, menyundal kan org tu bahaya. Kenapa bahaya? Sebab-sebabnya ialah:
1. Perkataan itu aku akan berbalik pada diri kita.
2. Berdosa (bukan nak tunjuk baik but its a fact)
3. Mengaibkan orang lain sama ada secara sengaja atau tidak sengaja
Sebelum kita menujukan perkataan sebegitu kepada org lain, kita patut cermin diri kita dahulu.. Kita patut tanya diri kita Adakah kita dah cukup hebat untuk mengaibkan kehormatan orang lain? Adakah diri kita cukup sempurna untuk mengeji orang lain dan cuba memuliakan diri sendiri? Fikir sejenak wahai kaum adam dan hawa.
Jadi, cuba hilangkan sifat suka mengeji dan mengutuk orang dalam diri anda termasuk saya sendiri sedikit demi sedikit. Harus diingat bahawa setiap perkataan tidak baik yang kita tujukan pada orang lain akan berbalik kepada diri kita sendiri dengan izin Allah. Tak rugi pun kan!
Subscribe to:
Posts (Atom)