Cute Gingerbread Man

Tuesday, 25 October 2011

frustrated

sedih bila pandang muka mak dan ayah, kenapa aku jadi anak suka hancurkan harapan mereka.. bukan tidak bersyukur dengan apa yang aku dapat.. tapi aku kesal dengan sikap aku yang acuh tak acuh semkin hari.. orang berusaha untuk berjaya, tetapi semakin aku berusaha semakin aku menghampiri kegagalan.. kadang-kadang rasa give up tu memang meluap-luap.. rasa macam diri ni tidak dikurniakan otak langsung walhal semuanya berpunca daripada diri sendiri.. aku tidak memikirkan perasaan org lain, aku hanya memikirkan kedua orang tua ku yang telah banyak berkorban demi kejayaan anak-anaknya.. apa yang aku balas kepada mereka? cuma sampah.. kenapa kau mcm ni ain.. kenapa kau bodoh sangat.. kenapa kau tak ada semangat yang kau pernah ada sebelum ni..? kenapa kau nak mengalah sekarang hanya kerana apa yg kau peroleh tak memuaskan hati? aku tak boleh fikir lagi.. maafkan aku mak, ayah.. aku tau mak ayah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk aku.. tapi Tuhan tidak mengizinkan segala-galanya.. Ya Allah, berikan aku kekuatan Ya Allah.. aku memohon kepada-Mu..

No comments:

Post a Comment